DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL)

SYARAT KEMASUKAN

• Warganegara Malaysia

• Memiliki SPM atau setaraf
           • Lulus Bahasa Melayu
           • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
           • Lulus Bahasa Inggeris  

• Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut :
           • Matematik
           • Dua (2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya


• Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain-lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

MENGAPA PBU SEBAGAI PILIHAN?

Pembelajaran Berasaskan Praktikal

Teori akademik, latihan praktikal, kemahiran komunikasi, pembentangan serta kemahiran menyelesaikan masalah mendorong pembelajaran dan keyakinan diri pelajar.

Tenaga Pengajar Berkelayakan

Para pensyarah yang terlatih, mempunyai kepakaran, kelayakan, kemahiran yang cekap untuk menyampaikan ilmu. Sebahagiannya memiliki sijil profesional dalam bidang kepakaran masing-masing. 

Kebolehpasaran Graduan

99.3% graduan PBU mendapat tawaran kerja atau menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

Fasiliti

PBU menyediakan persekitaran pembelajaran yang cemerlang. Kemudahan seperti makmal komputer dengan perisian terkini, bilik kuliah yang selesa, dewan kuliah moden, Technology-Enabled Collaborative Classroom, perpustakaan serta pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang komprehensif. PBU merupakan premis mesra OKU.

Yuran Pengajian

Antara yuran IPT termurah di Malaysia! Dengan hanya RM3,290, pelajar boleh memiliki segulung diploma dalam tempoh 2½ tahun.

IR 4.0

Mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0, pelajar PBU diasah kemahiran dengan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan industri. Pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti, kreatif dan inovatif dalam memperlengkapkan diri mereka bersaing di peringkat global.

Latihan Industri

Pelajar PBU menjalani latihan industri (praktikal) pada semester akhir yang dapat mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Ia bukan sahaja memberi gambaran realiti tentang alam bekerja, tetapi mendedahkan juga pelajar kepada teknologi dan pengetahuan terbaru yang digunapakai di pasaran.

Pengiktirafan

PBU telah mendapat pelbagai pengiktiran dari pelbagai agensi. Antaranya ialah “Premier Digital Tech Polytechnic” dari MDEC, “Educational Organisations Management System” dari SIRIM dan “Ekosistem Kondusif Sektor Awam” dari MAMPU.