- Hits: 4336
JABATAN DAN UNIT
UNIT KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT
Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan.
UNIT JAMINAN KUALITI
Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
Berfungsi untuk menguruskan pengambilan pelajar baharu, pangkalan data pelajar dan menguruskan kebajikan serta disiplin pelajar. Memastikan proses pengambilan dan pendaftaran pelajar ke politeknik dilaksanakan dengan sempurna. Memastikan rekod dan data pelajar adalah tepat dan diselenggara dengan baik.
UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berhubung dengan urusan perkhidmatan dan kewangan di PBU dengan cekap, berkesan dan bersistematik. Ini termasuklah hal berkaitan perjawatan, pembayaran gaji dan emolument mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pekeliling-pekeliling berkaitan.
UNIT PENGURUSAN STRATEGIK, PRESTASI DAN RISIKO
Bertanggungjawab dalam mengurus dan memantau hal-hal berkaitan Pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko ke arah keberhasilan Teras Strategik PBU.
UNIT PENGURUSAN ASRAMA
Bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal pelajar yang mendiami kamsis bagi memastikan ianya sentiasa selesa untuk dihuni serta menguruskan penempatan pelajar yang berdaftar dengan kamsis pada hari pendaftaran pelajar.
UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN
Bertanggungjawab dalam memastikan semua urusan berkaitan perolehan dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik dengan
mematuhi prinsip-prinsip perolehan. Memastikan perolehan PBU dirancang dengan teliti, sistematik dan mematuhi dasar semasa
Kerajaan, memantau perolehan yang dilaksanakan dengan lebih telus.
UNIT AUDIT DALAM
Bertanggungjawab dalam membantu PBU mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan holistik untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus organisasi.
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI
Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan dalam membangunkan modal insan kepada pelajar dan kakitangan dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang meluas dan menjalankan program pembangunan berkaitan psikologi yang menyeluruh kepada semua pelajar dan kaitangan.
UNIT PENGURUSAN ASET
Bertanggungjawab dalam menguruskan semua aset kerajaan dan menguruskan stor PBU secara cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam 1 Pekeliling Perkhidmatan (1PP).
PUSAT TEKNOLOGI (CoT)
Menjadi Pusat Teknologi yang diiktiraf oleh masyarakat dan industri dalam bidang khusus di peringkat nasional dan antarabangsa. Pusat Teknologi menggalakkan kecemerlangan dalam bidang khusus melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi serta perkhidmatan latihan.
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Bertanggungjawab dalam menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan penilaian dan peperiksaan di jabatan-jabatan dan bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester, keputusan peperiksaan dan persijilan.
UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
Bertanggungjawab dalam merancang dan menjalankan latihan yang diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran staf serta menguruskan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang melibatkan komuniti setempat dan warga PBU.
PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL DAN MULTIMEDIA
Bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan rekabentuk grafik, suntingan video, fotografi, videografi, rakaman suara, sistem bunyi, pembangunan bahan pembelajaran digital, multi camera production, multimedia konsultansi, podcast serta kursus dan latihan.
UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
Bertanggungjawab dalam memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak PBU sentiasa baik dan berterusan.
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIALAN
Berperanan untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan staf akademik, mendorong dan menggalakkan pensyarah-pensyarah melaksanakan kajian ilmiah serta mengamalkan pengajaran berasaskan penyelidikan dan inovasi.
PUSAT SUMBER DAN PERPUSTAKAAN
Bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan yang menyokong dan membantu penggunanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta bidang penyelidikan. Menyediakan koleksi buku rujukan yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan di PBU.
UNIT KECEMERLANGAN PELAJAR
Berfungsi untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar melalui pelaksanaan program-program yang bersesuaian seperti program motivasi, program anugerah kecemerlangan pelajar, program anugerah ketua jabatan dan beberapa program dan aktiviti yang berpotensi terhadap perkembangan dan penambahbaikan prestasi akademik para pelajar.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap dan terkini bagi kegunaan PBU serta memberikan khidmat sokongan teknikal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
UNIT SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN
Berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan, kokurikulum dan kebudayaan untuk melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada pembudayaan sukan dalam masyarakat dan negara. Aktiviti yang dirancang bertujuan supaya pelajar mengamalkan gaya hidup sihat disamping membentuk pelajar yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran.
CISEC
Bertanggungjawab kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.
UNIT PENGURUSAN FASILITI
Bertanggungjawab dalam menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan/baikpulih kerosakan segera kerja awam, elektrik dan mekanikal bagi kemudahan infrastruktur, fasiliti dan peralatan. Menguruskan penyelenggaraan secara berterusan dan berkala serta menaiktaraf infrastruktur, fasiliti dan peralatan.
UNIT KEUSAHAWANAN
Berperanan membudayakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar dan staf. Bertanggungjawab untuk mendidik serta mendedahkan pelajar-pelajar tentang ilmu berkaitan keusahawanan melalui aktiviti yang dirancang bagi menarik minat pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan serta mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda khususnya di kalangan graduan politeknik.