JABATAN AKADEMIK

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), yang dahulunya menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau ringkasnya DDT, kini telah dijenamakan semula sebagai Diploma Teknologi Maklumat (DIT). Program DIT di PBU menawarkan dua trek pengkhususan iaitu Networking Systems dan Software & Application Development. Tempoh pengajian untuk program DIT adalah tiga tahun dan melibatkan enam semester pengajian.

Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul iaitu Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada asas tertentu. Kursus-kursus ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang terkini dan pelbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum dan Pengajian Am untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Kurikulum program DIT ini juga digabungkan dengan kurikulum pensijilan profesional dan kurikulum profesional industri seperti Computer Technology Industry Association (CompTIA A+), Oracle Java Certification, Microsoft Computer System Administrator (MCSA) and Microsoft Certified Desktop Service Technician (MCDST), Cisco Certified Network Associates (CCNA), EC-Council Network Security (ENSA), Certified Ethical Hacker (CEH) dan Infosys Campus Connect programme, untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menduduki peperiksaan sijil profesional menjelang semester akhir. Ini akan memberi nilai tambah kepada pelajar dan memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini adalah relevan dengan keperluan industri ICT.