SELASA , 14 MAC 2023 -

PPDK Air Putih adalah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyediakan latihan dan bimbingan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar di Balik Pulau. Mereka menghasilkan produk lukisan batik, melukis dan mewarna lukisan untuk dijual kepada orang awam sebagai memupuk semangat kendiri peserta di sana.

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK), PBU telah melaksanakan satu khidmat masyarakat yang bertemakan "Give to Earn Love" dengan menjalankan aktiviti seperti menghulurkan sumbangan yang berbentuk keperluan pembelajaran seperti alat tulis, tenaga dan kepakaran lain yang bersesuain dengan pelatih-pelatih OKU di PPDK Air Putih. Ini selari dengan objektif penubuhan PPDK iaitu menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan untuk orang kelainan upaya (OKU) di PPDK.

🔖 BUTIRAN :
 
Tarikh  : 14/03/2023
Masa    : 9.00 PAGI - 1.00 tengah hari
Tempat : PPDK Air Putih, Balik Pulau
Penyertaan : 15 staf PBU 

📍OBJEKTIF CSR JMSK 2023 : 
 
1. Memupuk sikap prihatin terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU),
2. Meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan keberadaan warga PPDK,  
3. Mewujudkan suasana ceria bersama warga PPDK.