KHAMIS, 26 JANUARI 2023 -

Bengkel Penulisan Dan Penerbitan Kertas Penyelidikan : Sains Sosial anjuran Jabatan Pengajian Am (JPA) dan Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan (UPIK) PBU telah diadakan secara atas talian bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Khairul Naim bin Sameri, Pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru dengan penyertaan seramai 35 orang daripada warga PBU. 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf akademik PBU tentang penulisan kertas penyelidikan. Selain itu, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf akademik kaedah membuat analisis data dapatan untuk penulisan kertas penyelidikan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua.