KHAMIS, 6 OKTOBER 2022 -

Pusat Teknologi (CoT) Politeknik Balik Pulau telah menganjurkan satu siri Webinar Internet of Things (IoT) Applications for Industries pada hari Khamis, 6 Oktober 2022. Webinar ini adalah di antara aktiviti bersempena meraikan Sambutan Hari Akademia 2022 sepanjang bulan Oktober.

Webinar ini telah disampaikan oleh tenaga pakar dari industri yang terdiri daripada En. Noorazidi bin Che Azib (Inari Technology Sdn. Bhd) dan En Rodney Lee (Firmus Sdn. Bhd.). Penekanan terhadap penggunaan serta aplikasi teknologi IoT seiring Industri 4.0 serta isu keselamatan maklumat telah dihuraikan dengan begitu baik oleh kedua-dua penceramah.

Program ini telah dilaksanakan secara atas talian menerusi aplikasi Webex dan secara langsung di Youtube Politeknik Balik Pulau dan disertai oleh 192 orang peserta dalam kalangan akademia termasuk pelajar-pelajar yang hadir di Dewan Kuliah Utama PBU.