JUMAAT, 14 OKTOBER 2022 -

Tahniah diucapkan kepada Danial Asri bin Basri, pelajar semester 1 bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) yang berjaya ke peringkat akhir Ikon Siarawan PolyCC 2022 yang telah berakhir semalam. Politeknik Balik Pulau telah menghantar 3 penyertaan bagi program ini. Turut mengambil bahagian ialah pelajar semester 4, Nurul Auni binti Zanawani (Separuh Akhir) dan pelajar semester 1, Nurfahim Akhbar bin Mohd Akhbar (Separuh Akhir). 
.
Program ini telah berlangsung pada 10 Oktober sehingga 13 Oktober 2022. Peserta Ikon Siarawan 2022 telah disaring melalui beberapa peringkat iaitu saringan, suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir. Finalis yang telah berjaya ke peringkat akhir telah melalui 3 cabaran iaitu isu semasa, wawancara dan berita TV.

Walaupun tidak membawa pulang sebarang pingat, namun pengalaman berharga yang diperolehi boleh dijadikan sumber rujukan bagi penambahbaikan di masa akan datang.