RABU, 12 OKTOBER 2022 -

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) PBU dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan program STEM yang menjadi program tahunan PBU. Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Seri Nirai, Politeknik Balik Pulau.

Jumlah penyertaan yang direkodkan adalah seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya seperti berikut :

- Marble Run Innovation
- Mathable Competition
- Coding Challenge
- 3D Doodle Art Challenge
- STEM Cube Challenge
- STEMPro Game
- Fun Indoor Games
- Pameran Penang Science Cluster
- Pertandingan Mewarna Pengguna
- e-Kuiz Pengguna
- Taklimat Aplikasi Price Catcher

Perasmian program STEM & Consumer Carnival (STEM & CO) PBU 2022 ini telah disempurnakan oleh Pengarah PBU, Hajah Roseliza binti Dato’ Shaari bertempat di Dewan Seri Nirai, PBU. Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Pengarah Akademik PBU, Haji Mohd Yusaini bin Mohamed Ali bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PBU, Haji Mohd Yuhaizad bin Yusoff.