SABTU, 5 NOVEMBER 2022 -

Politeknik Balik Pulau telah menerima lawatan dari Jawatankuasa Pelajar Kolej Perindu, UITM Shah Alam yang disertai oleh 43 orang pelajar bersama-sama 2 orang pegawai pengiring bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) hari ini pada jam 3.00-5.00 petang. 

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan dan pentadbiran kolej kediaman agar lebih berkualiti, bertukar pandangan mengenai pembangunan sosial dan rohani yang lebih baik di kolej kediaman masing-masing. Selain itu juga, Jawatankuasa Pelajar Kolej Perindu, UITM Shah Alam dapat beramah mesra bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Balik Pulau.

Di harapkan dengan lawatan ini, kedua-dua pihak dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain pada masa akan datang.