AHAD, 16 OKTOBER 2022 -

Kursus Basic Programming for Kids bagi Program Sepanjang Hayat (PSH) anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ( ULPL) telah dilaksanakan di Makmal CSD2, Politeknik Balik Pulau bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Kursus ini disampaikan oleh En. Mohd Dinil Haq bin Shahbudin yang juga merupakan tenaga pengajar di Politeknik Balik Pulau. Seramai 16 penyertaan yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di sekitar Balik Pulau dan juga Bayan Lepas. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang asas pengaturcaraan.

Walaupun cuaca agak suram dan hujan, namun ianya tidak mematahkan semangat para peserta untuk mempelajari ilmu baharu dalam bidang pengaturcaraan. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta bagi menghasilkan buku interaktif, permainan, dan animasi menggunakan Scratch.