PROGRAM KPT PRIHATIN & PENYERAHAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
- Hits: 552
RABU, 19 OKTOBER 2022 -
Seramai 344 pelajar telah menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia Peringkat Zon Utara dalam sesi penyerahan yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar bertempat di Politeknik Balik Pulau hari ini. YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan penyerahan PerantiSiswa kepada pelajar dari Politeknik Balik Pulau, Politeknik Seberang Perai, USM, UNIMAP, UPSI, UiTM Cawangan Arau, UiTM Cawangan Merbok, UITM Cawangan Permatang Pauh dan Kolej Cosmopoint Cawangan Pulau Pinang.
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT bagi membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pelajar.
Selain itu, pada majlis sama juga YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turut menyempurnakan majlis Pelancaran Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 Peringkat Pulau Pinang dan Penyampaian Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime. Inisiatif ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar sepanjang proses pembelajaran serta menjadi pemangkin semangat untuk terus memperoleh keputusan yang cemerlang.
BERITA SELANJUTNYA
- KPT agih lebih 50,000 Peranti Siswa Zon Utara (Sumber : Berita Harian)
- Lebih 9,000 siswa Pulau Pinang dapat peranti pintar (Sumber : Sinar Harian)
- 50,667 kemudahan Peranti Siswa IPT Zon Utara diluluskan (Sumber : Utusan Malaysia)
- 50,667 permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia IPT Zon Utara diluluskan (Sumber : The Sun Daily)
- PerantiSiswa: 50,667 applications approved for students in northern states (Sumber: Astro Awani)