CERAMAH INTERNET OF THINGS (IOT) & 3D MODELLING 

 

 

SELASA, 17 DISEMBER 2019 -

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Balik Pulau (PBU) berbesar hati telah menjemput Ts. Muhammad Shukri bin Ahmad iaitu Penyelia Unimaker Makeathon Group UTM 2018 daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang IoT dan 3D Modelling.

Perkongsian ilmu ini penting sebagai proses awal dan pencetus idea kepada 25 orang pensyarah PBU dalam menyelia projek akhir pelajar dalam bidang IoT dan Industry Revolution (IR 4.0).