ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DIGITAL CIDOS INSPIRING LEARNING AWARDS 2022 (EDOLA)


ISNIN, 29 OGOS 2022 -

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa e-Pembelajaran PBU, khususnya Pegawai MARO PBU, Encik Muhamad Shukri bin Ismail kerana telah memenangi tempat ketiga Poster Terbaik dalam Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards 2022 (eDOLA) anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Hajah Roseliza binti Dato’ Shaari, Pengarah PBU. Turut sama menghadiri majlis adalah Timbalan Pengarah Akademik PBU, Haji Mohd Yusaini bin Mohamed Ali dan Pegawai e-Pembelajaran PBU, Cik Syafiza binti Ab Wahab.

Majlis pada kali ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 29 Ogos 2022 yang bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Seluruh warga PBU mengucapkan TAHNIAH di atas kemenangan ini.