LAWATAN PENANDA ARAS E-LEARNING OLEH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI (KKSP)

 

 

SELASA, 13 JANUARI 2020 -

Politeknik Balik Pulau (PBU) telah menerima kunjungan daripada 6 orang pegawai daripada Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) pada pagi ini. Lawatan penanda aras ini berkisar kepada perlaksanaan e-learning di PBU.

Turut bersama meraikan delegasi ini adalah Pengarah serta Timbalan Pengarah Akademik PBU. Ketua Penyelaras Pembelajaran Digital dan Multimedia PBU iaitu Puan Wan Haniza bin Wan Hassim bersama pegawai-pegawai e-learning yang lain memainkan peranan yang penting sepanjang lawatan tersebut berlangsung.

PBU berharap objektif lawatan tercapai dan segala maklumat yang diperolehi daripada lawatan ini dapat dijadikan pencetus idea kepada pihak KKSP dalam merancang pembangunan pembelajaran e-learning di institusi mereka nanti.