"MUET PREPARATORY : ACHIEVING THE TARGET"

 

 

AHAD, 12 JANUARI 2020 -

Unit Bahasa Inggeris Jabatan Pengajian Am (JPA) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Balik Pulau (PBU) telah menganjurkan Bengkel 'MUET Preparatory : Achieving The Target' bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan teknik-teknik menjawab ujian Speaking, Writing, Reading dan Listening selaras dengan peraturan pemarkahan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Bengkel ini telah diadakan pada 11 hingga 12 Januari 2020 bertempat di Dewan Kuliah Utama PBU yang melibatkan peserta seramai 80 orang.

Lebih istimewa lagi, penceramah jemputan bagi bengkel ini merupakan mantan Ketua Jabatan Pengajian Am PBU iaitu Dr. Mazlin binti Mohamed Mokhtar dan Ketua Pemeriksa (MUET-Speaking) Pulau Pinang, Encik Mohd Mustakim bin Sahak.