COMPTIA ACADEMY ROADTOUR

 

 

SELASA, 7 JANUARI 2020 -

CompTIA Academy telah mengadakan roadtour ke Politeknik Balik Pulau (PBU) bagi program perkongsian maklumat bersama barisan pensyarah berkaitan kursus persijilan profesional yang ditawarkan oleh pihak CompTIA Academy.

Taklimat 'CompTIA Academic Partnership Program with PBU' ini telah disampaikan oleh Encik Hairil Izwan Isamuddin iaitu Country Manager-Brunei, Indonesia, Malaysia and Singapore.

Roadtour ini juga telah dijalankan di beberapa politeknik dan universiti yang menawarkan kursus IT termasuklah PBU.