- Hits: 714
4TH BATCH SEA-TVET STUDENT EXCHANGE PROGRAMME
KHAMIS, 31 OKTOBER 2019 -
Politeknik Balik Pulau (PBU) begitu komited dalam mempersiapkan graduan politeknik dengan amalan terbaik di industri luar.
PBU telah bekerjasama dengan SEAMEO Polytechnic Network pada kumpulan ke-3 dan ke-4 dalam menjayakan 'Student Exchange Programme' yang melibatkan Politeknik Negeri Malang dan Politeknik Padang, Indonesia.
Program yang bermula pada Ogos 2019 telah tamat pada Oktober 2019 yang lepas telah disertai oleh 4 orang pelajar daripada Politeknik Balik Pulau, 3 orang pelajar daripada Politeknik Padang dan 2 orang pelajar daripada Politeknik Negeri Malang.
Program seperti ini sememangnya mampu memperkukuhkan jaringan institusi-institusi teknikal serantau dan sekaligus mampu menjadikan Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai penyedia TVET di rantau ASEAN khususnya. Diharapkan agar program seperti ini memberi impak yang positif kepada hubungan antarabangsa, institusi serta pelajar khususnya akan diteruskan dari masa ke semasa.