MDEC-PRIDE FINAL CHALLENGE 2019

 

 

RABU, 18 DISEMBER 2019 -

Politeknik Balik Pulau (PBU) sangat berbangga kerana 2 orang pensyarah daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) iaitu Encik Shahrul Nazmi bin Ismail dan Cik Emy Hazlinda binti Mohammad Ridzwan telah menempa nama sebagai pemenang MDEC-Pride Final Challenge 2019.

Program ini merupakan anjuran MDEC dan CISCO. Seramai 18 daripada 30 orang peserta yang mewakili 7 buah politeknik seluruh Malaysia telah di senarai pendek untuk bertanding di peringkat akhir pada hari ini dan 2 orang pensyarah PBU telah dipilih sebagai pemenang. Sebelum itu, para peserta telah melalui peringkat saringan yang telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Semoga kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar PBU khususnya dalam menghadapi cabaran sebagai seorang mahasiswa dalam bidang IT. Tahniah diucapkan sekali lagi.