- Hits: 546
KHAMIS, 18 MEI 2023 -
Pusat Sumber & Perpustakaan (PSP) PBU telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit, secara atas talian dan secara fizikal bertempat di Pusat Sumber & Perpustakaan PBU. Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 21 April setiap tahun.
Pada tahun ini, Program Jom Baca Bersama 10 Minit diadakan secara serentak di seluruh negara pada 18 Mei 2023 dengan bertemakan “Baca Bina Insan”. Tujuan penganjuran program adalah untuk menggalakkan pembacaan, penerbitan dan perlindungan harta intelek.
Warga PBU juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan program Jom Baca Bersama 10 Minit ini dengan mengambil peluang melalui sesi pembacaan dan perkongsian ulasan buku. Program turut diserikan dengan aktiviti kuiz pengetahuan am yang dilaksanakan secara atas talian dan bersemuka (hibrid).
Semoga Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini dapat dijadikan amalan serta dapat memupuk budaya membaca dan berilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya untuk warga PBU.