RABU, 17 MEI 2023 -

Majlis perasmian Computer Networking Lab (CNL) 2, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), PBU telah disempurnakan oleh YBrs. Hajah Roseliza binti Dato’ Shaari, Pengarah PBU pada 17 Mei 2023. Turut hadir menyerikan majlis adalah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Azrayhafizi bin Matzin, Ketua Jabatan Hal Ehwal pelajar, Ketua Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Ketua-ketua unit dan pensyarah JTMK.

Pembangunan makmal ini adalah merupakan salah satu usaha dalam menaik taraf fasiliti terkini untuk kegunaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) kepada para pelajar PBU melalui permohonan tender yang dibuat oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Permohonan untuk mendapatkan peralatan PdP Cisco Bundle bagi kegunaan PBU telah diluluskan seiring dengan peningkatan jumlah pelajar dan perkembangan arus teknologi pada masa ini.

Penubuhan makmal baharu yang dilengkapi dengan teknologi rangkaian terkini mempunyai kemampuan untuk menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam teknologi rangkaian yang amat bernilai untuk manfaat rakyat dan negara.