JUMAAT, 12 MEI 2023 -

Politeknik Balik Pulau (PBU) telah menganjurkan Majlis Mega Raya & Perasmian Program PBU Language and Cultural Festival 2023 bertempat di Dewan Seri Nirai PBU. Majlis ini dihadiri oleh semua warga kerja PBU termasuklah pelajar-pelajar PBU yang mula hadir ke dewan seawal jam 8.30 pagi.

Turut hadir memeriahkan majlis, YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YB Haji Mohd Tuah bin Ismail, ADUN Pulau Betong, YBrs. Puan Rusiah binti Saad, Pengerusi PUSPANITA Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Daerah Barat Daya, Pengarah PMTG, Pengurusan Tertinggi PBU, delegasi daripada Thailand dan Vietnam yang tiba ke Dewan Seri Nirai pada jam 10.00 pagi.
Disamping penganjuran Majlis Mega Raya PBU, turut diselitkan dengan perasmian program PBU Language and Cultural Festival 2023 yang melibatkan dua institusi pendidikan di negara asia iaitu daripada Benjamarachanusorn School, Thailand dan Duy Tan University, Vietnam.

Setiap jabatan dan unit masing-masing menyediakan pelbagai juadah hidangan diantaranya sate, lemang, ketupat, rendang, laksa, kuih-muih, buah-buahan dan pelbagai lagi juadah yang menjadi kebiasaan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kepelbagaian budaya dimana pelajar berbangsa India turut bersama-sama menyediakan menu tradisi seperti tosai, vadai dan pameran ‘kolam’. 

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis pada hari ini. Semoga program seperti ini diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim sesama kita yang berbilang bangsa.