RABU, 11 MEI 2023 -

Seramai 4 orang pensyarah PBU yang terdiri daripada Ts. Noorismaawi bin Yusop, En. Tarmizi bin Mohamad, En. Muhamad Shukri bin Ismail dan En. Muhammad Hafizuddin bin Md Dzahir telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi kursus pendek “Video Editing” di sekolah menengah sekitar Daerah Kerian, Perak selama dua (2) hari bermula 10 hingga 11 Mei 2023. Kursus ini merupakan anjuran Kolej Komuniti Bagan Serai, Perak.

Kursus pendek ini dihadiri oleh 42 orang pelajar yang terpilih dari tingkatan 4 dan 5 daripada 21 buah Sekolah Menengah di sekitar Daerah Kerian, Perak. Melalui penganjuran kursus ini para peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang grafik dan multimedia menggunakan perisian terkini. Selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun, secara tidak langsung kursus ini dapat tambah nilai kemahiran dalam menghasilkan video bagi menjana pendidikan berkualiti.