- Hits: 555
RABU, 3 MEI 2023 -
Bengkel Integriti : Kepentingan Integriti Dalam Kehidupan dan Bidang Pekerjaan telah diadakan di Dewan Seri Nirai yang dihadiri oleh semua pelajar PBU. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Jaslina binti Shaik Othman dari Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) & Unit Kecemerlangan Pelajar (UKPel) PBU.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kecemerlangan Pelajar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Integriti kepada para pelajar sebagai langkah awal untuk para pelajar membuat persediaan menghadapi dunia pekerjaan. Dalam masa yang sama juga dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih jelas maksud integriti dan menjadikan integriti sebagai budaya dalam kehidupan seharian serta sebagai langkah permulaan untuk mengamalkan integriti dalam dunia pekerjaan apabila sudah mempunyai pekerjaan yang tetap pada masa hadapan.
Pelajar-pelajar akan bergraduat seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan peringkat yang lebih tinggi. Mereka merupakan aset negara yang bakal menyandang jawatan-jawatan tinggi dan berkepentingan dalam sektor awam atau sektor swasta. Justeru itu, kesedaran dan pengetahuan berkaitan integriti adalah sangat penting kepada pelajar-pelajar agar dapat meningkatkan prestasi ekonomi, menambah kemakmuran dan menjamin kesejahteraan negara.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, memberi panduan, bimbingan dan hala tuju kepada semua pelajar bagi memupuk sikap bekerjasama, berintegriti, bermoral dan beretika. Selain itu, ianya dapat meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan integriti dan kaedah-kaedah untuk membudayakan integriti, menggalakkan budaya bertanggungjawab di kalangan pelajar PBU dan mewujudkan sikap menjunjung prinsip integriti dalam semua situasi dan keadaan.