- Hits: 178
MAJLIS PENUTUP KEEP FIT CHALLENGE
SELASA, 18 APRIL 2023 -
Puspanita PBU telah menganjurkan kutipan sumbangan dari Warga PBU sempena program Bakul Ramadan - Pecutan Terakhir Memburu Pahala di mana telah berjaya mengumpulkan jumlah sebanyak RM2000 dan penerima bakul Ramadan adalah di kalangan pekerja kebersihan kawasan & bangunan dan pekerja keselamatan PBU. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan keperluan harian, dan turut disampaikan oleh Pengarah PBU, Hajah Roseliza binti Datoโ Shaari dan juga Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Dr. Muhammad Majdi bin Saad.
Selain itu, Puspanita PBU juga telah menganjurkan Keep Fit Challenge yang telah bermula pada 16 Februari 2023 hingga 18 April 2023. Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran serta menyebarkan pengetahuan tentang kaedah dan manfaat penjagaan kesihatan melalui senaman dan pemakanan yang seimbang kepada warga PBU agar setiap warga dapat mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Kelebihan yang diperolehi dengan menyertai program ini adalah kerana ia dibimbing oleh coach yang akan berkongsi pelbagai tips senaman dan pemakanan agar peserta dapat memiliki berat ideal yang diimpikan. Dalam program ini, pemenang dipilih berdasarkan PENURUNAN BERAT BADAN PALING BANYAK dan PENGURANGAN SAIZ FIZIKAL (Inch Loss) yang berjaya diturunkan oleh peserta. Antara pemenang-pemenang adalah seperti berikut :
Kategori Penurunan Berat Badan Paling Banyak Wanita ๐ฉ๐ปโ๐ผ
๐ฅPuan Haslina (4.85 kg)
Kategori Penurunan Berat Badan Paling Banyak Lelaki ๐ง๐ปโ๐ผ
๐ฅEn Amin (5.2 kg)
Pengurangan Saiz Fizikal Paling Banyak Wanita ๐ฉ๐ปโ๐ผ
๐ฅPuan Safinah (5 inci)
Pengurangan Saiz Fizikal Paling Banyak Lelaki ๐ง๐ปโ๐ผ
๐ฅHaziq (3 inci)
Tahniah diucapkan kepada semua staf yang terlibat dan juga yang telah menjayakan program ini.