ISNIN - JUMAAT, 20 MAC 2023 - 19 APRIL 2023 -

Program Ramadan Fi Qalbi adalah satu program yang dianjurkan oleh Pusat Islam, PBU dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am, PBU untuk diadakan setiap tahun apabila menjelangnya bulan Ramadan.

Objektif program ini adalah untuk menghidupkan bulan Ramadan dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Selain itu, objektif juga bagi melahirkan individu yang peka terhadap bulan-bulan kebesaran Islam dan peristiwanya serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar, staf dan pihak luar. Akhir sekali objektif program ini adalah salah satu medium bagi warga PBU dengan aktiviti kerohanian sempena bulan Ramadan.

Diantara aktiviti yang dijalankan sepanjang Ramadan Fi Qalbi ialah :

1. Infak Kurma
2. Kuliah Dhuha
3. Kuliah Interaktif Ramadan
4. Tadarus & Khatam Al-Quran
5. Bubur Lambuk Bersama Komuniti Masjid Al-Ehsan Sg Pinang, Balik Pulau
6. Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Wang Zakat
7. Solat Tarawih Berjemaah
8. Iftar dan Moreh