- Hits: 343
KHAMIS, 13 APRIL 2023 -
Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh barakah ini, warga JTMK tampil dengan program khidmat masyarakat bagi menyantuni anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan untuk merasai keenakan juadah berbuka puasa dan membuat persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba. Program ini diketuai oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Pn. Wan Nur Wahidah binti Hashim bersama barisan pensyarah JTMK.
KJTMK telah menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan keperluan kepada anak yatim Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah Balik Pulau dan golongan asnaf setempat sebentar tadi.
Program ini merupakan kesinambungan program Infaq yang telah dijalankan sejak tahun lepas dan mendapati sambutannya amat positif. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.