KARNIVAL KO-KURIKULUM PBU 2022

JUMAAT, 26 OGOS 2022 -

Unit Sukan, Ko-kurikulum dan Kebudayaan (USKK), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Politeknik Balik Pulau telah mengadakan Majlis Penutupan Karnival Ko-Kurikulum Politeknik Balik Pulau Tahun 2022 pada 26 Ogos 2022 bertempat di Dewan Seri Nirai, PBU. Turut hadir sepanjang majlis berlangsung ialah Timbalan-timbalan Pengarah PBU, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan warga PBU. Majlis sederhana tetapi bermakna ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Roseliza binti Dato’ Shaari, Pengarah PBU. 

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan sepanjang Karnival Ko-Kurikulum PBU seperti futsal, chess, petanque, senamrobik, pertandingan bola jaring, perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Brotherhood PBU dan PSP United dan banyak lagi. Objektif karnival ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara pelajar dan staf serta melahirkan pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti unit ko-kurikulum masing-masing. Selain itu, adalah diharapkan juga agar karnival ini dapat memberi peluang kepada para peserta untuk menonjolkan bakat dan kemampuan diri masing-masing. Di samping menimba pengalaman, karnival ini juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan pelajar dan staf.