HEBAHAN PROGRAM HARI TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN DIGITAL PERINGKAT POLITEKNIK BALIK PULAU

Seluruh warga PBU dijemput untuk hadir bagi memeriahkan Program Hari Teknologi Pengkomputeran Digital 2023 seperti ketetapan berikut :

🗓Tarikh: 1 Ogos 2023 (Selasa)
⏰Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang (Pameran Projek)
🏛Tempat: Dewan Seri Nirai

Pertandingan ini melibatkan 12 jemputan panel profesional dari industri untuk menilai mutu dan kualiti projek akhir pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DDT) dan seterusnya memilih projek pelajar terbaik, projek inovasi terbaik dan poster terbaik untuk sesi Semester Pendek 2023.

Antara Aktiviti Menarik✨✨
📌 Pertandingan Rekabentuk Poster (Terhad 20 pelajar PBU sahaja)
📌Kuiz Hari Teknologi Pengkomputeran (Pelajar PBU sahaja)
📌Program Perkongsian Kepakaran Pembangunan Aplikasi Mudah Alih bersama komuniti Daerah Barat Daya

Kehadiran seluruh warga PBU bagi memberi sokongan terhadap program ini adalah sangat dialu-alukan.